HOME

Monday, 14 November 2011

PKR Sarawak?..Apa, Bagaimana, Mengapa, Bila,Kenapa?!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah salah sebuah parti pembangkang bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan kerajaan pakatan di negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang di Malaysia.Parti Keadilan Rakyat yang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.
Apa ceritanya pula di Sarawak?Bagaimana pula PKR boleh berjangkit dan menjadi virus di Sarawak itu tidak penting? Asal penubuhannya dari golongan-golongan yang 'frust'; semestinya di Sarawak, PKR juga dianggotai oleh orang-orang yang 'frust'.
Datin Seri Azizah (isteri kepada  DS Anwar Ibrahim) telah merasmikan PKR Sarawak yang dulunya disebut Parti Keadilan Nasional (PKN) sekitar April 1999.
Pada waktu itu ianya diketuai oleh rangkaian orang-orang yang 'kecewa' dan tidak terpilih dalam rangkaian pemimpin Sarawak (BN) iaitu Datuk  Hafsah Harun, Wan Zainal ,  Dominique Ng dan Mustafa Kamil. Pimpinan PKR Sarawak yang terkini ialah Baru Bian.

PKR Sarawak mempunyai ahli melebihi 5000 orang; dianggotai oleh pelbagai lapisan kaum termasuk majoriti Iban@Bidayuh melebihi 50%, Melayu dan juga Cina. Sebab itulah bakal ditekankan disini mengenai agenda penubuhan PKR di Sarawak setelah Baru Bian mengambil alih sebagai ketua atau presiden.
Antara isu-isu yang diperjuangkan PKR Sarawak ialah isu Hak tanah Adat Bumiputera (NCR), isu pimpinan Ketua Menteri Sarawak yang terlalu lama memerintah dan pelbagai lagi isu-isu remeh. 

Sepanjang penubuhan PKR di Sarawak, banyak permasalahan yang telah berlaku. Bukannya dari luar, malah ia merupakan masalah dalaman. Pelbagai konflik wujud seperti perebutan kerusi, tidak puas hati sesama pemimpin, sabotaj dalaman oleh ahli-ahli sendiri, malah perebutan kawasan juga berlaku. Contohnya sebelum PRN Sarawak April 2011 lepas, corak kepimpinan Baru itu dipertikaikan pemimpin peringkat akar umbi apabila beliau membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dulu, terutama dalam isu pertukaran kerusi Padungan dan Batu Lintang dengan DAP.
Walaupun PKR memenangi kerusi Batu Lintang, ramai pemimpin parti itu peringkat cawangan di negeri ini masih tidak berpuas hati dengan cara Baru membuat keputusan itu yang mereka dakwa dibuat secara bersendirian.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir, berkata tindakan sekumpulan pemimpin cawangan yang terus mempertikaikan keputusan yang dibuat Baru sebelum pilihan raya negeri April lalu itu jelas menunjukkan kepemimpinan beliau kini semakin tidak mendapat sokongan peringkat akar umbi. 

Lain pula dengan sikap tamak pimpinan wanita PKR Sarawak.Terdahulu Wanita PKR Sarawak yang telah mengalami revolusi kepimpinan dengan perlantikan Ketua Wanita PKR Sarawak yang baru, Nurhanim Mokhsen. Melalui revolusi ini, Wanita PKR Sarawak semakin bersemangat untuk menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak. Atas semangat itu jugalah, Wanita PKR Sarawak sekarang ini sedang melobi lebih banyak kerusi bagi memberi peluang kepada wanita untuk menjadi wakil rakyat. Pertambahan calon Wanita PKR Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ternyata tidak disenangi banyak pihak dalam PKR Sarawak. Menurut salah seorang ahli PKR Sarawak, peningkatan calon wanita bukan sahaja akan mendatangkan masalah malah akan memberi kekalahan teruk kepada parti.

Pandangan ini akan kebenarannya memandangkan calon yang dikenal pasti itu tidak diketahui ramai dan masih cetek pengalaman politiknya.

Sebenarnya terlalu banyak masalah yang timbul didalam pimpinan PKR Sarawak itu sendiri yang KS nak sebut satu-persatu. KS tak larat nak sebut lagi pasal masalah janji-janji manis calon atau bekas calon PKR Sarawak yang bertanding dalam PRN lepas. Rakyat majoriti mengeluh dengan janji-janji yang tidak ditepati. Mungkin ada masalah kurang faham dari rakyat akan tetapi skrip ucapan ceramah yang sering berulang kali dilaung-laungkan oleh DS Anwar Ibrahim serta Baru Bian di setiap tempat yang diredah, menjanjikan yang manis-manis untuk rakyat, sampai sekarang tidak ditepati. Malah , ada rakyat yang mengeluh, PKR Sarawak cuma muncul sewaktu pilihanraya bakal dijalankan. Akan tetapi bila pilihanraya tamat, semua calon senyap mendiamkan diri.

Sebenarnya kali ini KS tak nak cerita lebih. Akan tetapi bakal diterjah ialah matlamat penubuhan PKR Sarawak yang telah berubah setelah pimpinan Baru menerajui PKR Sarawak. Sememangnya tujuan penubuhan asal PKR di Malaysia yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim mempunyai agenda tersendiri; yang paling ketara ialah REFORMASI !! Akan tetapi lain pula terjadinya di Sarawak.

Jadi, KS cuma nak bagi hint sikit; artikel seterusnya KS nak "merumbaq" rahsia pergerakan serta matlamat baru PKR Sarawak!! Rahsia-rahsia sulit mereka akan diketahui sedikit masa lagi. Kasihan juga dengan ahli-ahli yang tak tahu apa-apa. Ada yang cuma tahu melaungkan "REFORMASI"..akan tetapi mereka tidak tahu dengan "REFORMASI" yang bakal dijalankan PKR Sarawak akan memakan diri sendiri!!

Lain pula dengan 'rakan sepakatan'..tergamak PKR Sarawak pasang 'spy' dalam parti rakan sepakatan PR mereka sekadar ingin merebut kerusi PRU13 akan datang?! Kasihannya KS nak sebut tapi tak sampai hati!! Tunggu je lah artikel seterusnya.....






MAT SABU BUAT HAL LAGI !! TAK SERIK-SERIK !!

Setelah banyak kali amaran diberikan supaya tidak datang ke Johor, akhirnya Mat Sabu telah menerima padah yang teramat sangat. Akibatnya kedatangan Mat Sabu di Pasit Gudang malam sabtu lepas telah menimbulkan pergaduhan dan ia amat dikesali. Rakyat Johor masih marah terhadap Mat Sabu berikutan kenyataannya yang membabi buta terhadap pengorbanan pasukan keselamatan sewaktu tragedi Bukit Kepong.

Rakyat Johor menolak Mat Sabu seperti mana mereka menolak Lim Guan Eng yang memcaci Johor sebagai sebuah negeri yang banyak jenayah. Mat Sabu juga apa kurangnya yang hanya bersandarkan kepentingan politik dan menyalahkan pasukan keselamatan sehingga mengangkat komunis sebagai wira.

Dalam kejadian malam tersebut, kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Kekecohan malam sabtu lepas bagaimanapun dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

KS rasa nak jemput la Mat Sabu ceramah kat Sarawak..nak tengok apa respon rakyat Sarawak le plak..setahu KS, rakyat Sarawak ni brutal-brutal orangnye..Mat Sabu datang nanti, silap-silap rakyat Sarawak datang dengar ceramah dengan pakaian uniform KOMUNIS!! Baru dia tau!!

Thursday, 3 November 2011

TIAN CHUA YANG TAK TAHU MALU : INI MACAM YB PUN ADA DALAM MALAYSIA KAH

 
 
1. Tian Chua pernah berkata, 'oh Indian issues dont give to me '. Tian Chua yang terkenal kerana kebodohannya membuat gambar super impose dan duplicate  gambar Altantunya dengan gambar DS Najib, adalah Cina PKR yang tak tahu malu, tak dak harga diri. Apabila Tian Chua memohon maaf, Najib memaafkannya. Kalau kena pada Anwar Ibrahim yang terkenal dengan Raja Saman, sudah tentu Tian Chua sudah disaman beratus juta. Itu cerita lama.

2. Semalam  Tian Chua yang tak tahu malu tu mencadangkan  memotong gaji satu bulan Perdana Menteri. Hari itu buat gambar super impose, kalau bebudak yang buat tak apalah, ini taraf wakil rakyat, boleh turunkan otak dia samapi ke lutut pi buat gambar super impose. Ini YB pun ada dalam Malaysia kah?

** Dia ni tak tau malu!! Tapi kita nak cakap apa?! KS rasa, benda ni tak perlu lah nak dimalukan..sebab PKR punya 'captain' lagi la tak tau malu!! Anak buah jadi Maharaja Lawak..tapi captain PKR tu Maharaja Lawak Mega !! Raja Liwat..Raja Penipu..Raja Sakit Leher..Raja "Belakang"...Raja China Doll"...patut la MEGA !!! KS rasa kalau group pimpinan PKR ni join Maharaja Lawak Mega minggu ni, KS yakin juri Chef Wan 'short cut' kan dia orang ni direct masuk final!! fuh....

NIK ABDUH (ANAK NIK AZIZ) NAK TUMBUK DR. ASRI?! IKUT CARA TALIBAN (KATANYA..)


Gedebe betul anak Nik Aziz ni, Nik Abduh.

Bukan main-main punya tumbuk. Tumbuk sampai berdarah gusi.

"Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, “Inilah cara Taliban berterima kasih!
Petikan asli dari blog Nik Abduh


Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini ke akhlak pemimpin muda PAS?

*Anda nilaikan sendiri.

Tuesday, 25 October 2011

KE MANAKAH HALA TUJU PERJUANGAN PAS DI SARAWAK?

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang anda semua tahu, PAS yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1951 adalah bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat dan pemerintahan yang di dalamnya terlaksana hukum-hakam Islam. Di samping itu, PAS juga bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara. PAS bergerak sebagai sebuah jemaah yang bermatlamat menegakkan sistem hidup Islam yang lengkap (komprehensif). Lengkap di sini termasuklah dari segi keahlian (mengandungi pelbagai golongan masyarakat seperti ulama', intelek, professional, buruh, petani, nelayan) di samping juzuk-juzuk kehidupan yang menyeluruh yang mengandungi siasah (politik), ekonomi, syariat (perundangan), ketenteraan, dakwah dan tarbiyyah (pendidikan).

Kali ini Keribang Sumpit(KS) nak ceciter sikit pasal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak.

PAS telah bertapak di muka Bumi Kenyalang dengan rasminya pada 26 Mei 1996. Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak telah dirasmikan di Hotel Impiana, Kuching Sarawak oleh Us Abu Bakar Chik, yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Tertubuhnya PAS Sarawak merupakan bukti komitmen PAS untuk membawa keadilan yang berlandaskan AL-Qur'an kepada masyarakat di Malaysia tidak kira di amana pun mereka berada.

Sekarang, PAS Sarawak sudah pun mengorak langkah maju ke hadapan; setakat ini telah menyertai beberapa pilihanraya DUN Sarawak. Walaupun masih belum mencapai kejayaan atau kemenangan, PAS Sarawak tetap berusaha gigih.


Namun..apa yang menjadi persoalan di sini ialah:

**Ke Manakah Hala Tuju Sebenar Perjuangan PAS Sarawak?

Kita mula dari HQ Pas yang berada di Kuching. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada masyarakat setempat setakat PAS  bertapak di Kuching? Jika mereka rasa mereka dapat meyakinkan rakyat dengan kemampuan mereka sebagai wakil rakyat yang betul-betul boleh membantu, mengapa mereka sangat sukar mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum  ini? Adakah mereka setakat berjuang "Ikut-Ikut Aje"?...Setakat ini, kemampuan PAS di Kuching, masih diragui kewibawaannya untuk membantu masyarakat setempat; mungkin kerana mereka masih belum betul-betul bersedia untuk menyahut cabaran dalam berpolitik dan cuma fokus untuk berdakwah sahaja. KS menyatakan sedemikian kerana menurut sumber dari rakan-rakan KS, PAS di Kuching tidak diketahui siapa ahlinya, siapa penggeraknya; seolah-olah ia adalah sebuah parti halimunan, Bila Pakatan Rakyat anjur program, barulah muncul seorang atau 2 orang wakil PAS..

Begitu juga dengan Kota Samarahan & Sadong Jaya..kedua-dua kawasan akan cuma wujud PAS jika ada pilihanraya. Selain itu, "PAS cuma datang beberapa kali bertanya khabar dan merisik tanah siapa yang kerajaan nak rampas.." kata penduduk kawasan Sadong Jaya. Selepas p/raya, batang hidung pun tak nampak. 

Kita terbang ke Beting Maro..ada orang bagitau KS, Beting Maro adalah kubu PAS paling kuat di Sarawak!!.. Namun, setelah tinjauan KS sendiri pergi ke Pusa,Beladin minggu lepas, hanya 50% kekuatan yang ada di Beting Maro. Penduduk setempat ada mengatakan bahawa semua orang-orang kuat PAS dari Kelantan datang membantu semasa PRN yang lepas sehinggakan BN nyaris kalah; PAS cuma kalah dengan undi lebih kurang 400 sahaja. Namun, syabas buat bekas calon PAS Beting Maro. KS dapat mengkaji bahawa faktor beliau dapat meraih undi yang banyak adalah kerana:

 
  • Calon adalah orang tempatan
  • Beliau merupakan seorang peguam
  • Pasukan bantuan dari PAS Kelantan
Namun, mengikut kata majoriti rakyat setempat, bekas calon PAS terus menghilang sepi tanpa berita setelah tamat berkempen. Penduduk di Dun Beting MAro harus menerima kenyataan bahawa bekas calon tersebut bukan menetap di Pusa; sebaliknya beliau menetap di Selangor; cuma semasa pilihanraya atau Raya Aidilfitri pulang ke kampung beliau. Apa yang mereka harapkan ialah seorang pemimpin yang betul-betul boleh membawa perubahan di tempat mereka. Jika alang-alang, baik kami undi pemimpin BN yang telah banyak membawa perubahan di tempat kami..semasa PRN lepas, apa yang BN buat, PAS pun buat..BN buat jalan, rumah dan sebagainya; PAS pula cuma buat mulut", kata salah seorang yang KS jumpa (beliau mengaku beliau mengundi PAS pada PRN yang lepas). 

Markas yang sudah tidak wujud


Bergerak kita ke Sibu. Salah satu kawasan yang dikatakan "Peledak"...PAS mula bernafas kembali pada PRK di Sibu yang lepas. Ramai pimpinan PAS pusat hadir ke beberapa majlis kempen Pakatan Rakyat di Sibu pada masa itu dan ia membuahkan hasil penubuhan Pas di Sibu (yang sebelum itu tidak pernah wujud). Perkara yang sama berlaku; PAS Sibu cuma 'Hot Hot Chicken Shit'..(hangat-hangat tahi ayam). Ahli-ahli PAS Sibu terus menyepikan diri selepas tamat PRK dan tidak berfungsi semasa PRN yang lepas. Baru-baru ini, PAS Sibu tengah dalam usaha untuk memerangkap YB Dr Annuar Rapaee (BN) di kawasan Nangka. Ini adalah berkaitan dengan kes perpindahan penduduk Kampung Dato', Hilir & Nangka. Ahli jawatankuasa perpindahan kampung terdiri daripada 'orang'orang kuat PAS Sibu'. Mereka telah meminta yang bukan-bukan; sekaligus tanpa disedari YB, mereka ini sedang berusaha memberi tekanan kepada YB berkenaan supaya menyelesaikan isu perpindahan penduduk. Menurut sumber dari penduduk kampung Dato', " Orang-orang PAS cakap, kita mesti minta hak kita. Ini lah masanya kita gunakan YB. Apa lah gunanya dia menang tempoh hari? Kalau dia tak dapat settle, kita protes beramai!! Jangan bagi ruang!! Biar dia kalah next election!". 

Lain pula di Bintulu dan Miri, PAS bergerak aktif. Akan tetapi aktif melawat kawasan-kawasan yang mempunyai masalah tanah. Bak kata orang Miri, " Kalau ada masalah tanah, cari orang PAS,maka akan selesailah masalah tanah anda"...Jadi, nak kata PAS ada buat pembangunan, belum ada juga. Walaupun cuma datang melawat kawasan, namun usaha PAS Bintulu/Miri harus dihargai. Apa yang KS nampak di sini, walau sebesar mana pun, walau sekuat mana pun, PAS Miri tidak akan dapat bertanding di kawasan tersebut kerana PAS Miri mahupun PAS Sarawak tidak mampu untuk bersaing dengan kuasa veto Pakatan Rakyat.

**Siapakah Penggerak Utama PAS Di Sarawak?

Menurut info yang sampai di meja KS, penggerak utama adalah ahli-ahli dari Semenanjung Malaysia; yang datang bertugas di Sarawak. Mereka bertugas di jabatan kerajaan dan swasta. Bila ditanya tentang penglibatan ahli-ahli tempatan, ia menampilkan jumlah yang sangat sedikit berbanding dengan ahli-ahli dari Semenanjung. KS berpendapat, jika tidak kerana bantuan atau penyertaan dari PAS Pusat (Semenanjung), PAS Sarawak akan sekali lagi menyepi kerana tiada kekuatan asal serta tiada bantuan kewangan yang kukuh. Bila kita buka laman web atau blog PAS di Sarawak, majoritinya letak nombor akaun supaya ada penderma yang bermurah hati untuk menderma membantu aktiviti-aktiviti PAS. 

Jadi, banyak faktor yang perlu kita fikir sebelum kita berbicara tentang kejayaan PAS di Sarawak. 

  1. Bagaimana PAS nak berjaya jika 'cakap tak serupa bikin'? Waktu p/raya baru nak muncul?
  2. Ahli atau team yang tidak kuat atau tiada keserasian. Contohnya, Saudara Abg Eddy (bekas ketua Pemuda PAS Sarawak) tidak serasi dengan pimpinan PAS Sarawak yang baru? Sebab itulah beliau disingkirkan dari senarai pimpinan PAS Sarawak
                                 .
   3. PAS Sarawak cuma bergantung harap dengan tenaga yang datang dari  
      semenanjung. 

   4. Selagi PAS di dalam Pakatan Rakyat, PAS Sarawak tidak akan ke mana-
       mana. Kerusi yang diberi kepada PAS adalah kerusi-kerusi yang agak 
       sukar untuk DAP atau PKR nak menang, baru nak bagi dengan PAS. Jadi, 
       secara tidak langsung ia adalah serpihan kerusi yang parti lain tak  
       sanggup nak ambil, PAS ambil.

     5.  Asyik mengambil kesempatan keatas pihak lain. Contohnya; menyelinap 
       masuk ke mana-mana NGO; kononnya menyokong YB tempatan; akan   
       tetapi sebaliknya mereka cuma melibatkan diri untuk memberi tekanan 
       kepada YB ataupun menggunakan YB untuk kejayaan parti PAS (tanpa 
       diketahui). Pada penghujungnya, PAS yang akan dapat nama.

   6. Masalah kewangan yang  kritikal. Jika tiada bantuan derma, program-
       program akan terbatal atau ditunda.
       Jika KS nak bagitau, memang banyak sebab mengapa PAS di Sarawak   
       tidak ada hala tuju sebenar. Jadi, jika kita berfikiran waras, adalah 
       membuang masa kita nak memberi ruang kepada parti sebegini. Apa 
       yang kita harap ialah parti atau YB yang betul-betul ikhlas dapat  
       membantu kawasan atau rakyat. Jika PAS betul-betul ingin menang di 
       satu-satu kawasan, kita tak payah tanya pasal parti.  Kita cuma tanya 
       dengan calon itu secara individu;


1. Anda Nak Bantu Rakyat? (tp dah ada YB asal yg tgh bantu rakyat kat situ)

2. YB tu tak betul..(mcm mana rakyat boleh pilih dia kalau dia tak betul?dan 

    kenapa pula rakyat tak pilih anda?)

3. Rakyat disuap dan ditipu YB/media...(kalau anda dpt membuktikannya,

    sudah lama anda menang dan jadi YB..kenapa ..susah sangat ke?)

Keribang Sumpit says : Korang ni kena terima hakikat dan sedar sebenarnya :
1. Korang tak ikhlas nak bantu Rakyat
2. Menyalahkan YB asal, seolah2 anda mengatakan anda perfect dan bila anda 
  
   menang nanti, anda begitu pasti bahawa anada dpt memerintah serta 

   menjaga kwsn itu dgn perfect. Sebaliknya, anda juga mengharapkan bantuan 

   kewangan dari kerajaan BN(yg anda kutuk) utk membangun kwsn anda nanti
3. Korang tak nak terima hakikat dan sentiasa menyalahkan org lain di atas
   kelemahan anda yg terbukti selama anda menjadi pembangkang.

PAS atau Keldai DAP?


**KESIMPULAN: Bila dikaji background dia org ni, mereka adalah antara org2 


   yg frust@kecewa kerana tidak dicalonkan di kawasan masing2...atau yg 

   sewaktu dgnnya...akan tetapi, mereka juga mempunyai impian masing2..tak 

  boleh juga nak salahkan mereka2 ni ...Yg dikesalkan, oleh krn nak capai 

  impian masing2, dia org sanggup ketepikan asal usul, bangsa, agama...hanya 

  demi cita2 dan politik...

  Percayalah bahawa, PAS di Sarawak sekadar 'test market' kerana keputusan 

  semua di tangan PAS Pusat. PAS Pusat pula sekarang target untuk 

  menjayakan PAS di Semenanjung Malaysia, sebelum fokus beralih ke PAS 

  Sarawak. PAS Pusat pula bergantung harap dengan keputusan Pakatan Rakyat 

  Pusat. Dan keputusan Pakatan Rakyat Pusat ditentukan oleh DAP !!


JANGAN BUANG MASA ANDA DENGAN PAS!!



BY: KERIBANG SUMPIT




Monday, 24 October 2011

PRU13: DAP BAGI LALUAN KEPADA PKR?..CUMA KERUSI KAYU JATI UNTUK PAS !!..

PKR telah mengumumkan akan menurunkan calon di 12 kerusi parlimen di Sarawak dan telah mengenalpasti calon-calon yang bakal bertanding pada pilihanraya umum kelak. Stampin, Baram, Layar, Julau, Selangau, Mambong, Saratok, Mas Gading, Petra Jaya, Batang Lupar, Kanowit dan Kapit adalah kawasan parlimen yang telah disasarkan oleh PKR, menurut Baharuddin Mokhsen, ahli biro pilihanraya PKR.
Manakala DAP pula yang sebelum ini telah melancarkan Dayak Consultative Council (DCC) untuk mendapatkan sokongan kaum Dayak sebagai persediaan bagi menurunkan calon di kawasan parlimen majoriti kaum Dayak akan menghadapi masalah kerana sebahagian kerusi parlimen yang disasarkan bertindih dengan sasaran PKR. Dijangkakan perbincangan dalam pembahagian kerusi antara PKR dan DAP akan menjadi lebih hangat dengan pengumuman awal PKR berkenaan. 

Adakah DAP sanggup melepaskan sebahagian kerusi parlimen di kawasan bandar yang selama ini mereka kuasai demi menurunkan calon di kawasan parlimen luar bandar? Agaknya TIDAK MUNGKIN!!! PKR  Sarawak pula mungkin boleh memberi laluan kepada DAP, tetapi kepimpinan di Semenanjung Malaysia??? Agaknya TIDAK MUNGKIN JUGA!!! Kedua-dua kepimpinan tertinggi parti tidak akan tunduk dengan mudah, dimana PKR ingin memperluaskan kuasa di Sarawak, begitu juga DAP, berikutan peningkatan sokongan pada pilihanraya negeri lalu. Proses pembahagian kerusi parlimen diantara kedua-dua parti tidak akan selancar yang dikatakan oleh kedua-dua pihak malah akan menjadi lebih hangat daripada pilihanraya negeri April lepas.

Hangatttt.....!!!!! Pasti hangat.......!!!! Sehangat arang batu yang panas membara!!!!!

Tuesday, 18 October 2011

PUNCA TAK UNDI BARISAN NASIONAL KERANA KM TAK UNDUR?


JANGAN PERSOALKAN BERAPA LAMA SESEORANG PEMIMPIN MEMEGANG JAWATAN SEBELUM ANDA MEMBUAT PENGIRAAN PERBANDINGAN TERLEBIH DAHULU  !!

KS merasa sangat hairan mengapa isu ini diperbesar-besarkan..adakah sudah diletakkan syarat untuk memegang suatu jawatan mesti ada hadnya? Pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat sentiasa mengapi-apikan rakyat Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak. 

Bagi rakyat Sarawak yang beragama Islam, terutama orang-orang PAS (golongan yang "pasti" masuk Syurga); anda semua semestinya percaya akan takdir serta Qada' & Qadar Allah. Apa yang berlaku semuanya adalah di atas takdir Allah. Sepatutnya anda semua tidak mempertikai berapa lama KM Sarawak memegang jawatan; seolah-olah anda semua mempertikai apa yang ditulis oleh Allah!! Segeralah bertaubat !! Anda sebenarnya sedang dihasut oelh segelintir pihak yang sengaja menimbulkan isu ini untuk kepentingan peribadi dan politik!!

Bagi rakyat yang lain, isu penggulingan pimpinan diluar negara yang telah memerintah sekian lama ingin disamakan dengan senario politik di Sarawak. Wujud satu kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan "Aman" (konon) dengan motto perhimpunan "Undurkan TAIB" beberapa bulan yang lepas. Setelah disiasat oleh "perisik KS", kumpulan ini wujud hasil dari hasutan politik pihak Pakatan Rakyat yang berselindung disebalik NGO tersebut. 

Ada juga isu yang diketengahkan ialah rasuah serta pembahagian projek membabitkan keluarga KM; namun KS ingin anda semua berfikir sekali lagi; dimanakan letaknya Islam yang anda agung-agungkan setelah anda mempertikai rezeki yang Allah bahagi-bahagikan kepada anda selama ini? Jika anda adalah seorang KM, adakah anda akan membantu keluarga anda terlebih dahulu atau anda biarkan keluarga anda merempat dengan mendahulukan orang lain. 

Rasulullah S.A.W bersabda, " Jika seseorang mempunyai beberapa biji kurma, atau beberapa kerat roti, atau beberapa keping dinar, dan berniat untuk menginfaqkannya, pertama-tama dia harus infaqkan kepada ayah dan ibunya, lalu dirinya, isteri dan ank-anaknya kemudian keluarganya dan saudara-saudaranya yang mukmin dan terkahir barulah amal-amal kebaikan dan amal-amal jariah" Bagina Rasulullah juga bersabda, " Utamakanlah infaq-infaq kalian bermula dari keluarga kalian dengan mengikut susunan. Mereka yang paling dekat denganmu adalah yang paling berhak"

Jika anda masih lagi mempertikai pembahagian infaq atau rezeki ini, KS nak pesan sikit. Jangan nak bagi malu orang Islam. Golongan yang bukan Islam pun sudah tahu dan mereka akan/sudah pun berbuat perkara yang sama jika mereka mendapat mana-mana peluang rezeki sepanjang pemerintahan mereka di satu-satu DUN/Parlimen/Negeri atau Negara !!

Demi kepentingan politik, pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu-isu sebegini untuk meraih undi. Percayalah!! Jika anda termakan segala hasutan-hasutan tersebut, dan jika ia meninggalkan kesan ke atas undi yang membuatkan Pakatan Rakyat menang di suatu Parlimen, KS yakin pemimpin (konon) dari Pakatan Rakyat akan membuat perkara yang sama, iaitu;

  • mengekalkan kerusi di kawasan masing-masing
  • membahagi rezeki kepada keluarga terdekat
Jadi, seharusnya tiada lagi isu sebegini muncul. Ianya adalah isu yang lapuk dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat untuk memecahbelahkan rakyat dan membuatkan anda (yang Islam) tidak percaya dengan suratan takdir Allah serta menidakkan hadis Nabi Muhammad SAW !!

Jangan cuma lihat serta dengar apa yang Pakatan Rakyat cakap, tapi anda adalah seorang yang bijak menilai apa yang telah anda semua nikmati selama pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di tempat anda khasnya di Sarawak. Politik di Sarawak sepatutnya berada dalam keadaan yang tenang dan terkawal; jika anda tidak berpuas hati dengan semua kemudahan yang anda dapat selama ini, elektrik, air, jalanraya, bangunan dan semua fasiliti yang ada di Sarawak; anda dicadangkan tinggal di negeri Pakatan Rakyat. Sanggup ke?

Penyokong/Fan Keribang Sumpit cakap "cadangan diterima...."..ahakz !!



Monday, 17 October 2011

SHUHARDI MD ISA: TERPAKSA BERSEMBUNYI DAN SALAHKAN POLIS

pehimpunan bersih 3.0 akan diadakan? kes bersih 2.0 belum settle lagi...... 


Shuhardi Md Isa, Pelakon Gagal

Setelah kejadian 9 Julai 2011 semasa perhimpunan haram 2.0, Shuhardi Md Isa lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ; telah membuat sidang akhbar bagi menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Tanpa rasa bersalah, Shuhardi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

Shuhardi bagaimanapun mendakwa dirinya tidak bersembunyi malah meminta polis datang ke rumahnya bagi menahan beliau sejurus selepas sidang media hari ini. Sambil itu, Shuhardi menemplak polis sebagai tidak profesional dalam mencari beliau.

Bagaimanapun, beliau tahu bahawa selepas lakonannya dalam perhimpunan haram itu tidak berkesan, polis telah membuat kenyataan yang mereka sedang mencari Shuhardi Md Isa bagi membantu siasatan.

Disebabkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menyatakan Shuhardi telah didapati bersembunyi daripada polis, akhirnya beliau terpaksa menyerahkan diri. Bagaimanapun, tuduhannya yang menyatakan polis telah menjatuhkan maruah dirinya sama sekali tidak benar memandangkan bukan polis yang bersembunyi tetapi Shurhardi Md Isa lelaki yang telah melakonkan dirinya telah mati semasa perhimpunan haram itu.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya”.

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Nampaknya Shuhardi Md Isa telahpun memunculkan dirinya dan polis harus segera menyelesaikan kes ini kerana menganggap perbuatan Shuhardi Md Isa itu telah melangkaui undang-undang kerana bersifat fitnah. 


Sesungguhnya orang sebegini seharusnya tiap-tiap hari disumpit!! Dimanakah sokongan orang-orang Pakatan Rakyat? Mengapa tiada komen dan sehingga hari ini senyap bagaikan perkara ini tidak pernah berlaku ataupun perkara yang berlaku ini adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang? 


Encik Shuhardi adalah seorang pelakon terbaik semasa perhimpunan "Aman" BERSIH 2.0 beberapa bulan yang lepas. Pehimpunan ini kononnya dianjurkan oleh NGO yang disertai oleh Pakatan Rakyat; akan diadakan secara aman. Akan tetapi, pihak pembangkang telah pun merancang sesuatu untuk memburukkan imej PDRM dan pimpinan Negara melalui perhimpunan ini. 


Saksikan video di bawah untuk anda menilai sejauh manakah "keamanan" perhimpunan BERSIH 2.0 ini dan adakah anda semua masih membenarkan jika BERSIH 3.0 akan diadakan tidak lama lagi?



KATAKAN "TIDAK!!!!!!" KEPADA BERSIH 3.0 !! Penganjur atau Pakatan Rakyat adalah PENIPU dan PEMBELIT!!!