HOME

Tuesday, 25 October 2011

KE MANAKAH HALA TUJU PERJUANGAN PAS DI SARAWAK?

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang anda semua tahu, PAS yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1951 adalah bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat dan pemerintahan yang di dalamnya terlaksana hukum-hakam Islam. Di samping itu, PAS juga bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara. PAS bergerak sebagai sebuah jemaah yang bermatlamat menegakkan sistem hidup Islam yang lengkap (komprehensif). Lengkap di sini termasuklah dari segi keahlian (mengandungi pelbagai golongan masyarakat seperti ulama', intelek, professional, buruh, petani, nelayan) di samping juzuk-juzuk kehidupan yang menyeluruh yang mengandungi siasah (politik), ekonomi, syariat (perundangan), ketenteraan, dakwah dan tarbiyyah (pendidikan).

Kali ini Keribang Sumpit(KS) nak ceciter sikit pasal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak.

PAS telah bertapak di muka Bumi Kenyalang dengan rasminya pada 26 Mei 1996. Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak telah dirasmikan di Hotel Impiana, Kuching Sarawak oleh Us Abu Bakar Chik, yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Tertubuhnya PAS Sarawak merupakan bukti komitmen PAS untuk membawa keadilan yang berlandaskan AL-Qur'an kepada masyarakat di Malaysia tidak kira di amana pun mereka berada.

Sekarang, PAS Sarawak sudah pun mengorak langkah maju ke hadapan; setakat ini telah menyertai beberapa pilihanraya DUN Sarawak. Walaupun masih belum mencapai kejayaan atau kemenangan, PAS Sarawak tetap berusaha gigih.


Namun..apa yang menjadi persoalan di sini ialah:

**Ke Manakah Hala Tuju Sebenar Perjuangan PAS Sarawak?

Kita mula dari HQ Pas yang berada di Kuching. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada masyarakat setempat setakat PAS  bertapak di Kuching? Jika mereka rasa mereka dapat meyakinkan rakyat dengan kemampuan mereka sebagai wakil rakyat yang betul-betul boleh membantu, mengapa mereka sangat sukar mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum  ini? Adakah mereka setakat berjuang "Ikut-Ikut Aje"?...Setakat ini, kemampuan PAS di Kuching, masih diragui kewibawaannya untuk membantu masyarakat setempat; mungkin kerana mereka masih belum betul-betul bersedia untuk menyahut cabaran dalam berpolitik dan cuma fokus untuk berdakwah sahaja. KS menyatakan sedemikian kerana menurut sumber dari rakan-rakan KS, PAS di Kuching tidak diketahui siapa ahlinya, siapa penggeraknya; seolah-olah ia adalah sebuah parti halimunan, Bila Pakatan Rakyat anjur program, barulah muncul seorang atau 2 orang wakil PAS..

Begitu juga dengan Kota Samarahan & Sadong Jaya..kedua-dua kawasan akan cuma wujud PAS jika ada pilihanraya. Selain itu, "PAS cuma datang beberapa kali bertanya khabar dan merisik tanah siapa yang kerajaan nak rampas.." kata penduduk kawasan Sadong Jaya. Selepas p/raya, batang hidung pun tak nampak. 

Kita terbang ke Beting Maro..ada orang bagitau KS, Beting Maro adalah kubu PAS paling kuat di Sarawak!!.. Namun, setelah tinjauan KS sendiri pergi ke Pusa,Beladin minggu lepas, hanya 50% kekuatan yang ada di Beting Maro. Penduduk setempat ada mengatakan bahawa semua orang-orang kuat PAS dari Kelantan datang membantu semasa PRN yang lepas sehinggakan BN nyaris kalah; PAS cuma kalah dengan undi lebih kurang 400 sahaja. Namun, syabas buat bekas calon PAS Beting Maro. KS dapat mengkaji bahawa faktor beliau dapat meraih undi yang banyak adalah kerana:

 
  • Calon adalah orang tempatan
  • Beliau merupakan seorang peguam
  • Pasukan bantuan dari PAS Kelantan
Namun, mengikut kata majoriti rakyat setempat, bekas calon PAS terus menghilang sepi tanpa berita setelah tamat berkempen. Penduduk di Dun Beting MAro harus menerima kenyataan bahawa bekas calon tersebut bukan menetap di Pusa; sebaliknya beliau menetap di Selangor; cuma semasa pilihanraya atau Raya Aidilfitri pulang ke kampung beliau. Apa yang mereka harapkan ialah seorang pemimpin yang betul-betul boleh membawa perubahan di tempat mereka. Jika alang-alang, baik kami undi pemimpin BN yang telah banyak membawa perubahan di tempat kami..semasa PRN lepas, apa yang BN buat, PAS pun buat..BN buat jalan, rumah dan sebagainya; PAS pula cuma buat mulut", kata salah seorang yang KS jumpa (beliau mengaku beliau mengundi PAS pada PRN yang lepas). 

Markas yang sudah tidak wujud


Bergerak kita ke Sibu. Salah satu kawasan yang dikatakan "Peledak"...PAS mula bernafas kembali pada PRK di Sibu yang lepas. Ramai pimpinan PAS pusat hadir ke beberapa majlis kempen Pakatan Rakyat di Sibu pada masa itu dan ia membuahkan hasil penubuhan Pas di Sibu (yang sebelum itu tidak pernah wujud). Perkara yang sama berlaku; PAS Sibu cuma 'Hot Hot Chicken Shit'..(hangat-hangat tahi ayam). Ahli-ahli PAS Sibu terus menyepikan diri selepas tamat PRK dan tidak berfungsi semasa PRN yang lepas. Baru-baru ini, PAS Sibu tengah dalam usaha untuk memerangkap YB Dr Annuar Rapaee (BN) di kawasan Nangka. Ini adalah berkaitan dengan kes perpindahan penduduk Kampung Dato', Hilir & Nangka. Ahli jawatankuasa perpindahan kampung terdiri daripada 'orang'orang kuat PAS Sibu'. Mereka telah meminta yang bukan-bukan; sekaligus tanpa disedari YB, mereka ini sedang berusaha memberi tekanan kepada YB berkenaan supaya menyelesaikan isu perpindahan penduduk. Menurut sumber dari penduduk kampung Dato', " Orang-orang PAS cakap, kita mesti minta hak kita. Ini lah masanya kita gunakan YB. Apa lah gunanya dia menang tempoh hari? Kalau dia tak dapat settle, kita protes beramai!! Jangan bagi ruang!! Biar dia kalah next election!". 

Lain pula di Bintulu dan Miri, PAS bergerak aktif. Akan tetapi aktif melawat kawasan-kawasan yang mempunyai masalah tanah. Bak kata orang Miri, " Kalau ada masalah tanah, cari orang PAS,maka akan selesailah masalah tanah anda"...Jadi, nak kata PAS ada buat pembangunan, belum ada juga. Walaupun cuma datang melawat kawasan, namun usaha PAS Bintulu/Miri harus dihargai. Apa yang KS nampak di sini, walau sebesar mana pun, walau sekuat mana pun, PAS Miri tidak akan dapat bertanding di kawasan tersebut kerana PAS Miri mahupun PAS Sarawak tidak mampu untuk bersaing dengan kuasa veto Pakatan Rakyat.

**Siapakah Penggerak Utama PAS Di Sarawak?

Menurut info yang sampai di meja KS, penggerak utama adalah ahli-ahli dari Semenanjung Malaysia; yang datang bertugas di Sarawak. Mereka bertugas di jabatan kerajaan dan swasta. Bila ditanya tentang penglibatan ahli-ahli tempatan, ia menampilkan jumlah yang sangat sedikit berbanding dengan ahli-ahli dari Semenanjung. KS berpendapat, jika tidak kerana bantuan atau penyertaan dari PAS Pusat (Semenanjung), PAS Sarawak akan sekali lagi menyepi kerana tiada kekuatan asal serta tiada bantuan kewangan yang kukuh. Bila kita buka laman web atau blog PAS di Sarawak, majoritinya letak nombor akaun supaya ada penderma yang bermurah hati untuk menderma membantu aktiviti-aktiviti PAS. 

Jadi, banyak faktor yang perlu kita fikir sebelum kita berbicara tentang kejayaan PAS di Sarawak. 

  1. Bagaimana PAS nak berjaya jika 'cakap tak serupa bikin'? Waktu p/raya baru nak muncul?
  2. Ahli atau team yang tidak kuat atau tiada keserasian. Contohnya, Saudara Abg Eddy (bekas ketua Pemuda PAS Sarawak) tidak serasi dengan pimpinan PAS Sarawak yang baru? Sebab itulah beliau disingkirkan dari senarai pimpinan PAS Sarawak
                                 .
   3. PAS Sarawak cuma bergantung harap dengan tenaga yang datang dari  
      semenanjung. 

   4. Selagi PAS di dalam Pakatan Rakyat, PAS Sarawak tidak akan ke mana-
       mana. Kerusi yang diberi kepada PAS adalah kerusi-kerusi yang agak 
       sukar untuk DAP atau PKR nak menang, baru nak bagi dengan PAS. Jadi, 
       secara tidak langsung ia adalah serpihan kerusi yang parti lain tak  
       sanggup nak ambil, PAS ambil.

     5.  Asyik mengambil kesempatan keatas pihak lain. Contohnya; menyelinap 
       masuk ke mana-mana NGO; kononnya menyokong YB tempatan; akan   
       tetapi sebaliknya mereka cuma melibatkan diri untuk memberi tekanan 
       kepada YB ataupun menggunakan YB untuk kejayaan parti PAS (tanpa 
       diketahui). Pada penghujungnya, PAS yang akan dapat nama.

   6. Masalah kewangan yang  kritikal. Jika tiada bantuan derma, program-
       program akan terbatal atau ditunda.
       Jika KS nak bagitau, memang banyak sebab mengapa PAS di Sarawak   
       tidak ada hala tuju sebenar. Jadi, jika kita berfikiran waras, adalah 
       membuang masa kita nak memberi ruang kepada parti sebegini. Apa 
       yang kita harap ialah parti atau YB yang betul-betul ikhlas dapat  
       membantu kawasan atau rakyat. Jika PAS betul-betul ingin menang di 
       satu-satu kawasan, kita tak payah tanya pasal parti.  Kita cuma tanya 
       dengan calon itu secara individu;


1. Anda Nak Bantu Rakyat? (tp dah ada YB asal yg tgh bantu rakyat kat situ)

2. YB tu tak betul..(mcm mana rakyat boleh pilih dia kalau dia tak betul?dan 

    kenapa pula rakyat tak pilih anda?)

3. Rakyat disuap dan ditipu YB/media...(kalau anda dpt membuktikannya,

    sudah lama anda menang dan jadi YB..kenapa ..susah sangat ke?)

Keribang Sumpit says : Korang ni kena terima hakikat dan sedar sebenarnya :
1. Korang tak ikhlas nak bantu Rakyat
2. Menyalahkan YB asal, seolah2 anda mengatakan anda perfect dan bila anda 
  
   menang nanti, anda begitu pasti bahawa anada dpt memerintah serta 

   menjaga kwsn itu dgn perfect. Sebaliknya, anda juga mengharapkan bantuan 

   kewangan dari kerajaan BN(yg anda kutuk) utk membangun kwsn anda nanti
3. Korang tak nak terima hakikat dan sentiasa menyalahkan org lain di atas
   kelemahan anda yg terbukti selama anda menjadi pembangkang.

PAS atau Keldai DAP?


**KESIMPULAN: Bila dikaji background dia org ni, mereka adalah antara org2 


   yg frust@kecewa kerana tidak dicalonkan di kawasan masing2...atau yg 

   sewaktu dgnnya...akan tetapi, mereka juga mempunyai impian masing2..tak 

  boleh juga nak salahkan mereka2 ni ...Yg dikesalkan, oleh krn nak capai 

  impian masing2, dia org sanggup ketepikan asal usul, bangsa, agama...hanya 

  demi cita2 dan politik...

  Percayalah bahawa, PAS di Sarawak sekadar 'test market' kerana keputusan 

  semua di tangan PAS Pusat. PAS Pusat pula sekarang target untuk 

  menjayakan PAS di Semenanjung Malaysia, sebelum fokus beralih ke PAS 

  Sarawak. PAS Pusat pula bergantung harap dengan keputusan Pakatan Rakyat 

  Pusat. Dan keputusan Pakatan Rakyat Pusat ditentukan oleh DAP !!


JANGAN BUANG MASA ANDA DENGAN PAS!!



BY: KERIBANG SUMPIT




Monday, 24 October 2011

PRU13: DAP BAGI LALUAN KEPADA PKR?..CUMA KERUSI KAYU JATI UNTUK PAS !!..

PKR telah mengumumkan akan menurunkan calon di 12 kerusi parlimen di Sarawak dan telah mengenalpasti calon-calon yang bakal bertanding pada pilihanraya umum kelak. Stampin, Baram, Layar, Julau, Selangau, Mambong, Saratok, Mas Gading, Petra Jaya, Batang Lupar, Kanowit dan Kapit adalah kawasan parlimen yang telah disasarkan oleh PKR, menurut Baharuddin Mokhsen, ahli biro pilihanraya PKR.
Manakala DAP pula yang sebelum ini telah melancarkan Dayak Consultative Council (DCC) untuk mendapatkan sokongan kaum Dayak sebagai persediaan bagi menurunkan calon di kawasan parlimen majoriti kaum Dayak akan menghadapi masalah kerana sebahagian kerusi parlimen yang disasarkan bertindih dengan sasaran PKR. Dijangkakan perbincangan dalam pembahagian kerusi antara PKR dan DAP akan menjadi lebih hangat dengan pengumuman awal PKR berkenaan. 

Adakah DAP sanggup melepaskan sebahagian kerusi parlimen di kawasan bandar yang selama ini mereka kuasai demi menurunkan calon di kawasan parlimen luar bandar? Agaknya TIDAK MUNGKIN!!! PKR  Sarawak pula mungkin boleh memberi laluan kepada DAP, tetapi kepimpinan di Semenanjung Malaysia??? Agaknya TIDAK MUNGKIN JUGA!!! Kedua-dua kepimpinan tertinggi parti tidak akan tunduk dengan mudah, dimana PKR ingin memperluaskan kuasa di Sarawak, begitu juga DAP, berikutan peningkatan sokongan pada pilihanraya negeri lalu. Proses pembahagian kerusi parlimen diantara kedua-dua parti tidak akan selancar yang dikatakan oleh kedua-dua pihak malah akan menjadi lebih hangat daripada pilihanraya negeri April lepas.

Hangatttt.....!!!!! Pasti hangat.......!!!! Sehangat arang batu yang panas membara!!!!!

Tuesday, 18 October 2011

PUNCA TAK UNDI BARISAN NASIONAL KERANA KM TAK UNDUR?


JANGAN PERSOALKAN BERAPA LAMA SESEORANG PEMIMPIN MEMEGANG JAWATAN SEBELUM ANDA MEMBUAT PENGIRAAN PERBANDINGAN TERLEBIH DAHULU  !!

KS merasa sangat hairan mengapa isu ini diperbesar-besarkan..adakah sudah diletakkan syarat untuk memegang suatu jawatan mesti ada hadnya? Pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat sentiasa mengapi-apikan rakyat Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak. 

Bagi rakyat Sarawak yang beragama Islam, terutama orang-orang PAS (golongan yang "pasti" masuk Syurga); anda semua semestinya percaya akan takdir serta Qada' & Qadar Allah. Apa yang berlaku semuanya adalah di atas takdir Allah. Sepatutnya anda semua tidak mempertikai berapa lama KM Sarawak memegang jawatan; seolah-olah anda semua mempertikai apa yang ditulis oleh Allah!! Segeralah bertaubat !! Anda sebenarnya sedang dihasut oelh segelintir pihak yang sengaja menimbulkan isu ini untuk kepentingan peribadi dan politik!!

Bagi rakyat yang lain, isu penggulingan pimpinan diluar negara yang telah memerintah sekian lama ingin disamakan dengan senario politik di Sarawak. Wujud satu kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan "Aman" (konon) dengan motto perhimpunan "Undurkan TAIB" beberapa bulan yang lepas. Setelah disiasat oleh "perisik KS", kumpulan ini wujud hasil dari hasutan politik pihak Pakatan Rakyat yang berselindung disebalik NGO tersebut. 

Ada juga isu yang diketengahkan ialah rasuah serta pembahagian projek membabitkan keluarga KM; namun KS ingin anda semua berfikir sekali lagi; dimanakan letaknya Islam yang anda agung-agungkan setelah anda mempertikai rezeki yang Allah bahagi-bahagikan kepada anda selama ini? Jika anda adalah seorang KM, adakah anda akan membantu keluarga anda terlebih dahulu atau anda biarkan keluarga anda merempat dengan mendahulukan orang lain. 

Rasulullah S.A.W bersabda, " Jika seseorang mempunyai beberapa biji kurma, atau beberapa kerat roti, atau beberapa keping dinar, dan berniat untuk menginfaqkannya, pertama-tama dia harus infaqkan kepada ayah dan ibunya, lalu dirinya, isteri dan ank-anaknya kemudian keluarganya dan saudara-saudaranya yang mukmin dan terkahir barulah amal-amal kebaikan dan amal-amal jariah" Bagina Rasulullah juga bersabda, " Utamakanlah infaq-infaq kalian bermula dari keluarga kalian dengan mengikut susunan. Mereka yang paling dekat denganmu adalah yang paling berhak"

Jika anda masih lagi mempertikai pembahagian infaq atau rezeki ini, KS nak pesan sikit. Jangan nak bagi malu orang Islam. Golongan yang bukan Islam pun sudah tahu dan mereka akan/sudah pun berbuat perkara yang sama jika mereka mendapat mana-mana peluang rezeki sepanjang pemerintahan mereka di satu-satu DUN/Parlimen/Negeri atau Negara !!

Demi kepentingan politik, pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu-isu sebegini untuk meraih undi. Percayalah!! Jika anda termakan segala hasutan-hasutan tersebut, dan jika ia meninggalkan kesan ke atas undi yang membuatkan Pakatan Rakyat menang di suatu Parlimen, KS yakin pemimpin (konon) dari Pakatan Rakyat akan membuat perkara yang sama, iaitu;

  • mengekalkan kerusi di kawasan masing-masing
  • membahagi rezeki kepada keluarga terdekat
Jadi, seharusnya tiada lagi isu sebegini muncul. Ianya adalah isu yang lapuk dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat untuk memecahbelahkan rakyat dan membuatkan anda (yang Islam) tidak percaya dengan suratan takdir Allah serta menidakkan hadis Nabi Muhammad SAW !!

Jangan cuma lihat serta dengar apa yang Pakatan Rakyat cakap, tapi anda adalah seorang yang bijak menilai apa yang telah anda semua nikmati selama pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di tempat anda khasnya di Sarawak. Politik di Sarawak sepatutnya berada dalam keadaan yang tenang dan terkawal; jika anda tidak berpuas hati dengan semua kemudahan yang anda dapat selama ini, elektrik, air, jalanraya, bangunan dan semua fasiliti yang ada di Sarawak; anda dicadangkan tinggal di negeri Pakatan Rakyat. Sanggup ke?

Penyokong/Fan Keribang Sumpit cakap "cadangan diterima...."..ahakz !!



Monday, 17 October 2011

SHUHARDI MD ISA: TERPAKSA BERSEMBUNYI DAN SALAHKAN POLIS

pehimpunan bersih 3.0 akan diadakan? kes bersih 2.0 belum settle lagi...... 


Shuhardi Md Isa, Pelakon Gagal

Setelah kejadian 9 Julai 2011 semasa perhimpunan haram 2.0, Shuhardi Md Isa lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ; telah membuat sidang akhbar bagi menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Tanpa rasa bersalah, Shuhardi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

Shuhardi bagaimanapun mendakwa dirinya tidak bersembunyi malah meminta polis datang ke rumahnya bagi menahan beliau sejurus selepas sidang media hari ini. Sambil itu, Shuhardi menemplak polis sebagai tidak profesional dalam mencari beliau.

Bagaimanapun, beliau tahu bahawa selepas lakonannya dalam perhimpunan haram itu tidak berkesan, polis telah membuat kenyataan yang mereka sedang mencari Shuhardi Md Isa bagi membantu siasatan.

Disebabkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menyatakan Shuhardi telah didapati bersembunyi daripada polis, akhirnya beliau terpaksa menyerahkan diri. Bagaimanapun, tuduhannya yang menyatakan polis telah menjatuhkan maruah dirinya sama sekali tidak benar memandangkan bukan polis yang bersembunyi tetapi Shurhardi Md Isa lelaki yang telah melakonkan dirinya telah mati semasa perhimpunan haram itu.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya”.

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Nampaknya Shuhardi Md Isa telahpun memunculkan dirinya dan polis harus segera menyelesaikan kes ini kerana menganggap perbuatan Shuhardi Md Isa itu telah melangkaui undang-undang kerana bersifat fitnah. 


Sesungguhnya orang sebegini seharusnya tiap-tiap hari disumpit!! Dimanakah sokongan orang-orang Pakatan Rakyat? Mengapa tiada komen dan sehingga hari ini senyap bagaikan perkara ini tidak pernah berlaku ataupun perkara yang berlaku ini adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang? 


Encik Shuhardi adalah seorang pelakon terbaik semasa perhimpunan "Aman" BERSIH 2.0 beberapa bulan yang lepas. Pehimpunan ini kononnya dianjurkan oleh NGO yang disertai oleh Pakatan Rakyat; akan diadakan secara aman. Akan tetapi, pihak pembangkang telah pun merancang sesuatu untuk memburukkan imej PDRM dan pimpinan Negara melalui perhimpunan ini. 


Saksikan video di bawah untuk anda menilai sejauh manakah "keamanan" perhimpunan BERSIH 2.0 ini dan adakah anda semua masih membenarkan jika BERSIH 3.0 akan diadakan tidak lama lagi?



KATAKAN "TIDAK!!!!!!" KEPADA BERSIH 3.0 !! Penganjur atau Pakatan Rakyat adalah PENIPU dan PEMBELIT!!!

Sunday, 9 October 2011

TERBARU: MESYUARAT AGONG TAHUNAN PKR CABANG KUALA SELANGOR KECOH

Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan berlaku sebaik saja Ketua Cabang, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Setelah membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan dirinya dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Itulah PKR yang tidak habis-habis dengan kekecohan semasa bermesyuarat.

KERIBANG SUMPIT: Biasalah tu...PKR...politik yg dipolitikkan lagi...pasal duit sape nak mengaku?..kalau di Sarawak, tak de gaduh macam ni..PKR aman dan tenteram je...siap peluk2 lagi tu time meeting...tapi kalau "CAPTAIN" datang Sarawak..no komen ler...entah turn ahli PKR yg mana pulak lepas ni jadi mangsa "CAPTAIN"..ahakz...admin cuma tau, PKR Sarawak cuma pandai bergaduh time rebut seat p/raya..itu jer...selebihnya dia org ni baik2 orgnye...ish ish...

PAS: JILAT LUDAH SENDIRI!! MAKAN ANGIN PUNYA PASAL !!

RM250,000 BELANJA MAKAN ANGIN ORANG PAS 

DI BELANDA!!!

Phahrolrazi Zawawi - manusia paling berkuasa bab duit ringgit di Kedah

Dengan beralasankan mesyuarat teknikal, 10 orang pemimpin PAS yang diletakkan dalam GLC makan angin dan berfoya-foya di Belanda dengan menggunakan duit rakyat Kedah sebanyak RM250,000 bagi tempoh 10 hari.

Sepanjang PAS mengambilalih Kedah, terdapat banyak skandal melibatkan penyelewengan kewangan membabitkan kursus, lawatan sambil belajar, mesyuarat teknikal dan seangkatan dengannya. Semua perbelanjaan menggunakan kantung kewangan negeri, kalau tidak pun mengeringkan akaun GLC yang mereka jadikan sebagai ghanimah, khumus dan fai.

Pelbagai kursus yang dibuat, malah kerajaan negeri Kedah yang sangat terkenal dengan cerita melancong terutama sekali yang membabitkan kepala pentadbiran utama Kulim Hi-Tech telah banyak diperkatakan sebelum ini.

Berbanding dengan lawatan mencari pelaburan mereka, ramai yang berkata, Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan perbelanjaan jauh lebih besar berbanding pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan-pelaburan yang dibawa masuk.

Sebabnya mudah, semua lawatan dan pelancongan tersebut hanya berselindung di sebalik nama mencari pelaburan, sedangkan sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk berfoya-foya di luar negeri - sesuatu yang tidak pernah dapat dilakukan ketika menjadi pembangkang di Kedah sebelum 2008.

Agak aneh apabila 10 orang dari sebuah GLC di Kedah itu ke Belanda untuk makan angin dengan alasan mesyuarat teknikal. Mesyuarat teknikal apa yang menghabiskan RM250,000 dalam tempoh 10 hari?

Memang betul Azizan Abdul Razak pernah menjanjikan Kedah akan menjadi Belanda Malaysia, tetapi apa yang dapat dilihat sekarang adalah, orang-orang PAS di Kedah yang jadi Belanda. Bukan secara fizikal, sebaliknya perangai tamak haloba dan keinginan meluap-luap untuk berfoya-foya tanpa perlu mengeluarkan wang dari kocek sendiri.

Selama hampir 4 tahun PAS mentadbir Kedah, apa kemajuan yang telah dibawa? Berapa banyak pelaburan yang telah dibawa oleh Phahrolrazi Zawawi berbanding perbelanjaan besar yang digunakan untuk membiayai keseronokannya melancong di luar negara?

KERIBANG SUMPIT: Itulah..orang PAS ni kuat sangat mengata orang...1 jari tunjuk org, baki 4 jari menuju ke diri sendiri...cakap org BN/UMNO/PBB menghabiskan duit rakyat..tapi, apa yg berlaku diluar jangkaan kita...dia org sendiri pula yg seleweng duit tu...adalah lebih baik duit tu digunakan utk membantu rakyat..nampak gayanya, aktiviti 'jilat ludah sendiri' makin aktif..ahakz..

HUDUD LAGI?! : DHPP UGUT KELUAR PARTI?

NIK AZIZ MALU, AHLI KAFIR PAS UGUT PARTI SENDIRI!!!

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.
Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.
Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.
“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.
“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.
Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.
Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.
“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.
Beliau memberitahu bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”
“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.
PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.
Ps: Hanya satu perkara sahaja yang boleh dibuat sebagai kesimpulan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DHPP ni.

Kesimpulannya ialah, PAS GAGAL SECARA LANSUNG memberi tarbiah dan didikan agama kepada ahli Bukan Islam dalam parti mereka sendiri.

Ia juga merupakan KEGAGALAN parti itu untuk terus mendabik dada mengatakan merekalah pejuang Islam yang sebenar.

Ini disebabkan Dewan Himpunan Penyokong PAS ni bukan satu sayap baru. Tapi dah 6 tahun berada dibawah parti itu. Takkan itu pun diorang tak boleh nak tarbiah jugak?